Wednesday 12 September 2012

Sudahkah murid-murid menghafal SIFIR?

Jika murid-murid belum mengingat fakta asas darab, 
murid-murid boleh menggunakan jadual sifir di bawah sebagai rujukan.


Hey kids, lets try this.

Let's play with numbers

Murid-murid, ayuh bermain dengan permainan matematik ini :)




Bentuk

Latihan

Snakes & Ladders


Hi pupils, 
You can save this game board and print it out.
Then, ask your friends to play with you.
Have fun!

Time Year 3











Soalan Matematik KSSR Tahun 1

 MATEMATIK KSSR TAHUN 1

Tuesday 11 September 2012

Siapa mahu duit raya?

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada murid-murid yang baru sahaja menyambut perayaan di sekolah. 

Berapa banyak duit raya yang diperolehi pada tahun ini? 


Adakah murid-murid sedar akan perubahan cetakan duit raya kali ini? 
Bagi yang belum melihat kesemua koleksi cetakan duit baru ini, sila lihat gambar-gambar di bawah.


Duit syiling 

 

Duit kertas


Cantik dan menarik cetakan duit baru ini bukan?
Jangan bazirkan duit raya murid-murid dengan membeli benda yang tidak berfaedah.

Mulakan menabung untuk masa depan murid-murid semua. 

 


Sekarang bulan apa?

Hai murid-murid. 
Sekarang bulan apa?
Bulan September, Cikgu Mimi. 
 
Ya, kita sudah hampir ke penghujung tahun.
Sudahkah murid-murid ingat 
12 nama bulan dalam setahun? 
Mari sebut bersama cikgu:

Januari
Februari
Mac
April
May
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
  
Jika belum ingat, 
mari menyanyi bersama Cikgu Mimi.


Semua sudah bersedia?




Monday 10 September 2012

Kereta api bernombor

Assalamualaikum. 
Murid-murid semua sihat?

Baiklah, hari ni Cikgu Mimi ingin mengajak murid-murid mengira dan melengkapkan nombor yang hilang dalam setiap kereta api di bawah. 
Terdapat pola nombor bagi setiap kereta api.
 
Boleh murid-murid bantu cikgu? 
Mari kita selesaikan bersama.



Jawapan:
11, 15
30, 35
22, 55
70, 64


Friday 31 August 2012

Pecahan.


Cikgu Mimi ingin mengajak 
murid-murid mengenal pecahan.



Lihat nombor pecahan di atas.
Bolehkah murid-murid menyebut nombor pecahan ini?

Mari sebut bersama-sama.


satu perdua
atau
separuh
atau 
setengah

(satu bahagian daripada dua bahagian)


satu perempat
atau
suku
 (satu bahagian daripada empat bahagian)












Doraemon suka dorayaki!



Murid-murid, 
Jom bantu DORAEMON!
Doraemon ingin mendapatkan dorayaki.
Murid-murid perlu mengira dua-dua. 
Selamat mencuba.


Jawapan:


Lebih besar atau lebih kecil?

Hai murid-murid,
kita bersua lagi :)

Jom kita lihat dua gambar di atas.
Apa yang murid-murid dapat lihat?

- Yang manakah lebih besar?
-Yang manakah lebih kecil?

Jawapan:
-Bas lebih besar daripada kereta.
-Kereta lebih  kecil daripada bas. 

Monday 27 August 2012

Mari mengenal nombor 1-10


Hai murid-murid semua. 
Di sini, anda boleh mengenal 
nombor 1 sehingga nombor 10. 
Mari kira bersama-sama :)












Friday 24 August 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU MIMI

Assalamualaikum.
Apa khabar murid-murid semua?
Selamat datang ke blog Cikgu Mimi.






Ayuh murid-murid, kita belajar Matematik bersama.
Matematik itu mudah dan menyeronokkan.

Mari jerit bersama, 

WE LOVE MATHS!!!